Status
Fighting 4flat for my Ujian Pertengahan Semester2
CrunchyMunchie: KMJ Dihatiku

Sabtu, 11 Julai 2015

KMJ Dihatiku

Assalamualaikum and hello everyone. Im so excited to update my new post here because after 1years I leave my lovely blogger. Yuhuuu. Im so sorry. So my hobby for blogging come back. Untuk post kali semestinya nak bebel pasal kehidupan aku yang sekarang. Wehee. So how my life now? Jeng jenggg let continue read my post! 

         Firstly, aku daftar form6 sebab masatu memang takde dapat mana mana tawaran lagi. So after tamat orientasi form6, just dapat tawaran dari Kolej Universiti Islam Melaka(KUIM). So pergilah jugak. Ahhhh lepas habis pulak orientasi dekat kuim seminggu check Tawaran Kedua untuk Matrikulasi. Tetiba dapat tawarannya, seriously time tu rasa bersyukur sangat sebab first intake punya aku tak dapat, dan lagi satu memang dekat aja dengan rumah aku yang dekat Muar sana so terus accept tawaran Matrikulasi. When 10 June 2015 aku pun daftar dekat Kolej Matrikulasi Johor. Im officially student of Johor Matriculation College 2015/2016!

         You know what aku dapat asrama Al-Khawarizmi yang dekat blockF, block yang paling last sekali, then dapat tingkat3 omg tingginya, hari harilah kena turun naik tangga sampai ke tingkat3 ni ahh. Lepastu block aku nilah yang paling jauh daripada eveyrthing mean jauh dari Masjid, jauh dari library, jauh dari dewan, jauh dari dewan kuliah, jauh dari bilik Admin, jauh dari bilik Kaunseling, jauh dari bilik HEP, jauh dari Koperasi haih haihhhh nasiblah badan...Just yang dekat pun bilik Tutor, bilik Peperiksaan,Cafe dengan Kompleks Sukan aje. NEVERMIND :) 

          SO sekarang nak cerita life dekat KMJ ni arh. On my first time arrived here, aku nampak semua student dekat sini 24hours dengan buku masing masing. Kau tahu tak apa aku rasa mula mula nampak diorang semua? Aku rasa rimas tau hahahaha yela sepanjang masa dengan buku, lepastu sepanjang masa busy dengan siapkan assignment or presentation diorang. Tapi masa 14 June 2015 kelas yang pertama aku pun mula dengan kelas Tutor subject Ekonomi. Arh dulu masa SPM aku ambil pure Science but kali ni aku mintak tukar Perakaunan atas sebab sebab tertentu, Dekat Matrik ni jadual dia dari hari Ahad sampailah Khamis semua sama aja mula kelas dari 8pagi sampailah 4petang. Then dari 8pagi sampai pukul 1tengahari tak boleh sesiapa pun balik dorm even takde kelas sekalipun so kenalah stay dekat perpustakaan or anywhere. Kekadang tak semestinya kelas akan habis on time pukul 4petang tu ooo NO NOOO lepas pukul4 tu kekadang ada perjumpaan itulah inilah, kelas tambahan itulah inilah so memang dapat balik dorm pukul 5.30petang. Kalau rajin turunlah riadah dekat Kompleks Sukan KMJ. Okay cakap pasal pelajaran dia pulak, everyday akan ada homework or assignment untuk semua subject, EVERYDAY kay bukan every WEEK. So memang kerjanya tak pernah sudah akan sentiasa bertambah. Then akan selalu ada presentation. Ada quiz everythime bila dekat kuliah dah habis setiap bab. EHEM....Bila aku dah start kelas baru aku tahu kenapa diorang selalu dengan buku, buku yang tebal tebal pulak tu..kenapa diorang selalu busy siapkan homework or assignment yang banyak banyak tu. Macam tu jugaklah AKU dengan diorang. Waktu tidur aku, rehat aku, cuma dua atau 3jam saja everyday tau. SERIOUS tak bohong. Sebab tu kalau weekend mean waktu outing perempuan hanya hari jumaat, tapi kalau nak kelaur outing hari Sabtu hanya dibenarkan dengan family saja mesti aku akan lari balik rumah nasiblah rumah dekatkan, lari balik rumah rehat or tidur puas puas ahahah, tapi waktu outing semua kena sampai KMJ semula sebelum pukul 6petang, kalau lambat seminit pun guard tu akan block matrik card 2minggu then bila dah kena block 2minggu mereput ajalah dekat KMJ ni miahahaa.

            Actually aku bersyukur sangat dapat masuk sini, so far pembelajaran dia alhamdulillah aku boleh bawak, sebab dekat Matrk just belajar teori sahaja sebab itulah waktu kuliah lecturer akan ajar cepat  sebab bila masa aku tak faham aje aku boleh jumpa mana mana lecturer yang ada dekat bilik Admin untuk mintak diorang terangkan semula takpun aku yang tanya pada mereka apa yang masih aku tertanya tanya tentang apa yang aku belajar dalam Kuliah. Then aku dapat kawan kawan dekat KMJ ni yang always boleh tolong each other, boleh buat group study sama sama so takde alasan untuk aku selesai semua assignment yang cikgu bagi, setakat ni dah banyak quiz yang aku ambil dan alhamdulillah markah quiz pun okay sangat. Then nota kuliah semua lecturer dah sediakan. Paling penting bila dah masuk sini hati kena kuat lepastu kena bijak gunakan masa yang ada sebab jadual dekat sini memang pack sangat sangat. So cukuplah sampai sini tentang kehidupan aku dekat KMJ ni. Semoga aku keluar nanti dengan kejayaan yang cemerlang seperti yang aku ingin, dan permudahkalah segala urusanku sepanjang aku berada di sini ameen ya rabb!




  "Pagiku untuk kuliah,Petangku untuk kuiz,Malamku untuk assignment,Rehatku tiada makna,Tidurku tidak akan lena,Pejamnya mata dikala Subuh,Celiknya mata dikala Dhuha pun tiba,Bergeges ke Dewan Kuliah takkan sempatku bersiram,Bertahlilku semasa lecturer berbicara,Balik dinihari,Tiada rehatku kecapi,Letihku dapat,Namun Kami tetap Pelajar Matrikulasi akan berjanji mencapai 4flat pada UPS, PSPM1 dan PSPM2, AMEEN"

Start everyday with a new hope, leave bad memories behind and always have faith for a better tomorrow.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan